Antara blog otai dan blog newbie
Anda mungkin pernah terbaca dan selalu praktikkan untuk memberi komen kat blog yang mempunyai trafik tinggi kononnya untuk menarik trafik ke blog anda. Informasi ini mungkin anda pernah baca kat memana ebook, atau pernah ada otai IM yang nasihatkan anda untuk berbuat begitu.
Dalam merayau rayau tadi, saya masuk salah satu blog kegemaran saya. Terjumpa entry terkini kat blog tersebut memberi komen tentang kegagalan 90% IM.
Saya pun terdetik untuk memberi komen pada entry tersebut. Disebabkan komen kat situ dalam mode moderate jadi komen saya tu tak akan dipaparkan serta merta. Saya pun tunggu lah untuk mendapatkan reaksi daripada bembaca lain. tunggu punya tunggu komen saya tak juga keluar. Saya tulis pula komen lain. Sama jugak. Mungkin saya ni NEWBIE maka saya tak seharusnya dilayan. Atau mungkin komen saya tu terkena batang hidung otai otai maka komen saya tidak dipublishkan.
Ini adalah ulasan dari komen saya itu (menurut pendapat saya sahaja)
Wahai otai otai ternama, yang bijaksana, yang telah menulis pelbagai ebook yang hebat hebat, yang telah mengaut untung ratusan ribu ringgit hasil dari belian ebook anda oleh para NEWBIE ini, kurangkanlah mengkritik.
Waktu anda memulakan perniagaan internet dulu mungkin hanya ratusan atau ribuan orang sahaja menjadi saingan anda. Maka anda mampu bertahan. Tetapi sekarang ini penggiat IM dah mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu.(Ini cuma anggaran sebagai perbandingan) Saingannya dah tak sama macam dulu lagi. Perhatikan saja pada pendapatan hasil jualan ebook anda yang bertemakan ‘mencari pendapatan melalui internet’. Anda berbangga dengan pendapatan hasil jualan anda dan anda juga berbangga mengkritik kegagalan pembeli anda. Anda jual ebook tentang buat duit tapi anda kritik pembeli yang dok pikir pasal duit. Anda mana tahu mungkin masa tu bini dia nak beranak ke sebab tu nak guna banyak duit.
Marilah kita sama sama kurangkan statistik kegagalan tersebut
Senarionya begini…
Anda telah hasilkan sebuah ebook dan telah ujudkan satu minisite untuk promosi. Dan telah juga ujudkan forum tertutup untuk pembeli ebook anda berbincang. Kebiasaannya begitu.
…dan ini sebahagian dari punca kegagalan newbie.
Trafik
Si A adalah pembeli ebook anda dan aktif berforum dengan anda. Anda dah ajar dia bagaimana hendak menjana trafik tetapi pernahkan sekali anda menjenguk blog Si A
Follow Up
Berapa kerap anda bertanya kabar dan perkembangan Si A untuk menjana pendapatan seperti anda. Balik balik cek dan penyata pendapatan anda sahaja yang anda jajakan.
Duplicate
Didiklah Si A supaya dia juga berjaya seperti anda kerana ini adalah tanggungjawab anda. Anda promot ‘cara mudah’ anda tetapi anda hanya duplicate kesukaran dan kepayahan anda.
Jadinya, jangan hanya pandai mengkritik pada orang yang telah membeli ebook dan menjadi punca rezeki bagi anda. Dan pada para newbie jangan pula terlalu ghairah untuk menjana pendapatan tinggi dengan cara mudah. Yang penting adalah usaha yang berterusan.
