Tips Trafik Untuk Newbie
Saturday, November 22nd, 2008 49 viewsSEO? Apa kebenda nye SEO tu. Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan blogging ni, anda tidak perlu ambil kisah tentang benda SEO ni. Percayalah, walau pun blog anda berada di tangga teratas dalam niche pilihan anda, tetapi tidak ada orang yang kenal dengan anda, blog anda tidak akan ada pelawat. SEO anda telah berkembang menjadi SEOrang. Tidak akan ada orang yang peduli dan tidak akan ada yang akan melawat blog anda.
Habis tu macamana, apa yang nak kena buat?
Tip Pertama : Jika anda sudah mempunyai blog, tidak kira samada berbayar atau blog percuma, anda kena publishkan dulu antara 3 - 5 post. Jelaskan kenapa anda ujudkan blog tersebut melalui posting anda.
Tip Kedua : Memberi komen di blog yang mesra newbie. Antara ciri ciri blog yang mesra newbie ini ialah pemilik blog itu juga memberi komen dalam ruang komen. Komen anda tidak ditapis atau berada dalam moderate mode, dan ada ruang Top Commentator pada sidebar. Berikan komen yang membina, bukan jadi Pak Turut yang hanya mengiakan sahaja pendapat pemilik blog tersebut. Komen Pak Turut ini tak ubah seperti komen SPAM. Jika ada komentator lain yang komen dan reply pada bersetuju dengan pendapat anda, bermakna nama anda sudah sebut oleh orang lain. Secara tak lansung meningkatkan sedikit populariti anda. Ingatlah, blog yang pemiliknya popular mudah menerima pelawat.
Ada 2 cara untuk jadi popular. Samada anda buat yang terbaik atau anda buat yang terburuk. Untuk meningkatkan reputasi, anda cubalah jadi yang terbaik, serlahkan kepakaran anda, tapi awas jangan sampai orang menganggap anda riak atau bangga diri.
Tip Ketiga : Bina link dalam blog anda, linklah sebanyak mana yang anda suka. tanpa perlu hiraukan samada ujud backlink atau tidak. Mungkin anda boleh bermula dengan 20 link, biarkan link itu berada di blog anda dalam tempoh satu minggu. Kemudian tukar untuk 20 link yang lain pula untuk jangkamasa yang sama. Cuma anda perlu pastikan blog yang anda link itu adalah blog yang menggunakan platform Wordpress dan tidak mendapat ranking tinggi. Dalam ruang admin blog Wordpress ada satu function dinamakan Incoming Links. Pemilik blog yang berada pada ranking tinggi mungkin tidak ambil kisah tentang function ini. Tetapi bukan semua blog mendapat ranking tinggi atau backlink yang banyak. Selepas anda ujudkan link tadi, dan ada publish satu atau dua post, nama blog anda akan terpapar pada ruang Incoming Links di ruang admin blog yang anda link tadi. Secara saikologinya, jika anda pemilik blog, anda tentu suka bila ada yang link ke blog anda, dan anda tentu ingin tahu atau kenal dengan pemilik blog yang link ke blog anda. Dari sini blog anda sekali lagi menerima pelawat.
Ini sahaja perkongsian newbie untuk kali ini.
