Archive for the ‘Graphic Design’ Category
Monday, November 17th, 2008 | 42 views
Kerja freelance mungkin menjadi alternatif untuk mencari pendapatan lebih. Tetapi ada juga sesekali apabila hasil kerja anda tidak mendapat bayaran sepatutnya, atau lansung tidak dibayar.
Bagaimana hendak mengatasi perkara seperti ini dari berlaku.
1 Dapatkan deposit sbelum memulakan sebarang kerja freelance sekiranya itu kali pertama anda menerima kerja freelance dari orang yang tidak biasa berurusan dengan anda.
2 Jangan berikan file yang hi-res jika hanya sekadar untuk preview. Anda boleh hantar dalam format low-res jpeg atau pdf sekiranya sesuatu job itu mempunyai banyak mukasurat. Untuk final proof pula mungkin memerlukan file yang hi-res. Pilihan terbaik adalah hantar dalam format pdf yang telah di kunci dengan password. Dengan cara ini file tersebut hanya boleh bibuka tanpa boleh dipinda atau sebagainya.
Banyak lagi cara yang boleh dilakukan tapi 2 cara inilah yang sering saya amalkan.
Posted in Graphic Design, Tips | No Comments »
Friday, November 14th, 2008 | 40 views

Grafik ini sekali pandang memang tersangatlah simple. Buatpun tak sampai 10 minit dah siap. Tapi dengan hanya menunjukkan grafik ini sahaja saya telah berjaya mendapat satu job.
Mengapa Portfolio Penting
Sebagai seorang grafik designer, portfolio merupakan medium untuk anda menjual servis anda pada bakal client. Ini penting supaya bakal client dapat meyakini kebolehan serta meningkatkan lagi reputasi anda. Tidak perlu menyimpan portfolio dengan banyak, cukuplah hanya dengan mempelbagaikan teknik grafik anda. Sentiasalah kemaskini portfolio dengan idea idea baru. Dengan cara ini lebih mudah untuk anda bid pada job yang bersesuaian dengan portfolio anda. Misalnya, sekiranya ada tawaran job untuk merekabentuk banner, anda sudah ada portfolio banner untuk dijadikan contoh serta meyakinkan bakal client. Ini akan meningkatkan peluang untuk bid anda diterima.
Posted in Graphic Design | No Comments »
Tuesday, November 11th, 2008 | 34 views
Pernahkah anda bertanya atas sebab apakah, atau atas alasan apakah anda menjadi seperti anda sekarang. Misalnya anda seorang grafik designer, pernahkah anda bertanya mengapa anda sekarang bergelar grafik designer. Siapakah yang mendorong anda hingga anda menjadi seperti diri anda sekarang.
Sekirannya soalan itu ditujukan kepada saya, jawapan saya hanyalah atas sebab untuk meneruskan kelansungan hidup. Telah bertahun tahun saya menceburkan diri dalam bidang grafik tanpa ada pendidikan formal dalam bidang ini. Dorongannya hanyalah untuk meneruskan kelansungan hidup, untuk diri dan keluarga.
Ringkasnya, apa juga bidang yang anda ceburi, buatlah dengan bersungguh-sunguh dan sepenuh hati. Nescaya nikmatnya sedia menanti anda kemudiannya.
Posted in Graphic Design | No Comments »
Saturday, November 8th, 2008 | 38 views
Sekali lagi anda dipanggil untuk ditemuduga, dan kali ini anda diterima bekerja sebagai pereka grafik (apply jawatan lebih tinggi tak dapat sebab grade anda tak cukup bagus. hehehehe…). Kali ini anda diterima mungkin sebab gaji yang anda minta itu rendah. Maklum lah, banyak saingan. Di Lembah Klang sahaja dah terdapat beberapa kolej atau universiti seni rekabentuk yang melahirkan mungkin ribuan graduan dalam bidang iniĀ setahun. Dengan saingan sebegini terpaksa lah anda terima walaupun dengan gaji yang cukup-cukup makan sahaja.
Hari pertama bekerja, anda mungkin teruja untuk menerima assignment pertama anda. Tak sabar rasanya untuk mengeluarkan idea dan skill yang anda telah pelajari. Dengan tak semena-mena anda menerima kejutan pertama. Dapat job super urgent. Nak kena siapkan dalam masa 1 jam. Dari brief yang anda terima, anda mungkin dah dapat idea macam mana nak persembahkan idea anda tersebut. Tapi dalam hati anda rasa macam tak sempat siap. Nak buat macam mana ye. Ketahuilah, situasi yang anda hadapi waktu itu bukan kali terakhir, malah mungkin setiap minggu, mungkin juga setiap hari anda akan hadapi situasi tersebut. Di sinilah pengalaman memainkan peranan penting. Jika orang lain boleh anda juga tentu boleh. Cuma mungkin anda tidak menjumpai satu kaedah untuk anda mengurangkan tekanan tersebut.
Nah, atas sebab itulah ahndark.com ini diujudkan. Untuk membantu anda yang mungkin menghadapi situasi yang sama seperti dalam Kisah Seorang Freshie ini. Membantu dari segi teknikal seberapa yang mampu. Kerana dengan pengetahuan seperti inilah saya telah berjaya melalui satu perjalanan sukar dalam bidang rekabentuk, walaupun hanya berkelulusan SPM. InsyaAllah…
Posted in Graphic Design | No Comments »
Friday, November 7th, 2008 | 44 views
Sebagai seorang lulusan dari kolej/universiti seni rekabentuk, anda mungkin berasa teruja untuk memasuki bidang pekerjaan. Bekerja di agensi pengiklanan mungkin menjadi top list anda pada waktu ini. Selain agensi pengiklanan, bidang penerbitan buku dan majalah atau menjalankan perniagaan sendiri mungkin menjadi pilihan.
Waktu tulis resume, berapa ye nak letak kat expected salary Seribu? Dua ribu? Tiga ribu? Letak lah tiga ribu. Sedap sikit. Barulah sesuai dengan kelulusan ye tak.
Dalam banyak banyak jawatan kosong yang anda pohon, tentu ada yang shortlistkan nama anda. Dengan perasaan berbunga bunga anda pun menghadirkan diri untuk ditemuduga. Segalanya berjalan lancar sehingga sampai perbincangan pada tangga gaji. Bakal majikan anda mungkin berasakan anda belum layak untuk menerima gaji tiga ribu sebab tiada pengalaman. Dalam hati kecil anda mungkin anda juga bersetuju dengan pendapat penemuduga tersebut. Permohonan anda ditolak. Keputusan penemuduga itu anda terima dengan perasaan hampa.
Balik rumah, anda pun revise semula resume anda, kurangkan angka pada expected salary kat resume.
Dah habis part satu
Posted in Graphic Design | No Comments »