Archive for December, 2008

Karikatur Barack Obama

Friday, December 19th, 2008 27 views

karikatur barack obama

Jana Pendapatan Dengan Photoshop

Thursday, December 18th, 2008 35 views

Anda tidak perlu terlalu mahir dengan Photoshop untuk menjana pendapatan 4 hingga 5 angka di Internet. Segalanya sudah jadi serba mudah.

Jom ikut cara saya. Terus terang saya katakan saya masih makan gaji walau pun menjana pendapatan 5 angka setiap bulan. Apa yang membezakan saya dengan orang lain yang makan gaji ialah saya bekerja dengan 7 majikan dalam satu masa. Semuanya tidak mustahil di Internet. Dengan hanya berbekalkan laptop, perisian Adobe Photoshop, dan beberapa perisian percuma saya dapat melakukannya dengan purata bekerja 3 hari seminggu.

Kerja apa yang saya buat? Saya cuma sediakan servis edit gambar. Itu saje. Majikan bagi saya gambar, saya edit sediikit dan cantikkan, hantar semula dan dapat payment. Takde Paypay pun takpe, masih boleh dapat payment.

Bagaimana saya mulakan? Bermula dengan makan gaji secara biasa. Pagi pergi kerja dan kadang tengah malam baru balik. Bekerja di syarikan penerbitan atau di agensi pengiklanan memang nature kerjanya macam tu. Bila dah terlalu lama saya mula rasa jemu. Cara hidup pun tak serupa orang. Dari situ timbul azam untuk mengubah keadaan, ataupun nak mengubah nature kerja sebagai seorang graphic designer. Saya mula kumpul portfolio secara digital. Bila bekerja tak susah pun nak kumpul portfolio. Semuanya saya ambil dari hasil kerja saya. Dapat buat portfolio dari 4 atau 5 job pun dah kira ok. Zapp… terus hantar notis dua bulan berhenti kerja. NEKAD.

Dalam masa dua bulan tu saya ushar kerja kerja freelance kat Internet. Ada la jugak yang sangkut. Dapat satu job dari Itali. Setelah semuanya selesai dan mereka berpuashati dengan hasil kerja saya, dapat payment. Merah je muka saya ngan senyum meleret. Mau tak nye, itulah pendapatan pertama saya hasil dari kerja online. Dari kerja freelance mereka terus ofer saya sain kontrak untuk buat servis edit gambar. Dari situ, setelah berhenti kerja, saya mula kembangkan servis saya. Kini saya dah selesa bekerja dengan 6 majikan. Bila ada 2 job dalam satu masa.. pas pas jugak kat kawan kawan. Biar sama sama merasa.

Untuk sesaper yang berminat nak belajar Photoshop, tak kiralah untuk suka suka atau untuk ‘cari makan’ boleh terus bertanya dengan saya. Atau kalau nak jalan pintas boleh ushar kat dua ebook ni.

Hasilkan background digital dengan Photoshop dan Belajar edit foto digital

Apa yang diajar melalui ebook tersebut dah cukup untuk anda menjana pendapatan 4 angka di Internet. Insyaallah. Kalau nak tutorial adhoc boleh terus tanyakan dengan saya. Insyallah saya akan membantu selagi daya, PERCUMA. Sama jugak macam servis Lukis Karikatur Percuma tu.. memang PERCUMA.

Karikatur Azam

Monday, December 15th, 2008 29 views

Photobucket

Saudara Azam telah meminta saya untuk melakarkan karikatur beliau sejak dua minggu lepas. Oleh kerana kesibukan kerja karikatur beliau agak terlewat disiapkan.
Saya harap saudara Azam berpuas hati dengan hasil kerja saya.
Terimakasih untuk saudara Azam kerana berminat menyertai Lukis Karikatur Percuma di ahndark.com

Karikatur Tengku Zulhafeez

Friday, December 5th, 2008 47 views

karikatur tengku zulhafeez

Tengku Zulhafeez Tengku Aziz dari Universiti Malaysia Sabah telah meminta saya melakarkan karikatur beliau. Oleh kerana kesibukan kerja karikatur ini agak lambat dapat disiapkan.
Selelah siap, inilah komen Tengku Zulhafeez mengenai karikatur beliau. “thanks a lot,makin comel la saya tengok..hehehe”
Saya harapkan Tengku Zulhafeez berpuas hati dengan hasil kerja saya. Beliau boleh dihubungi di blog www.teratakkuning.blogspot.com dan www.hobisampul.blogspot.com

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan karikatur percuma dari saya bolehlah emailkan beberapa keping gambar anda pelbagai posisi ke ahndark@gmail.com. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Karikatur hanya dari kepala hingga paras bahu sahaja.

Promo
Perkhidmatan melukis karikatur tempahan khas, misalnya untuk dicetak atas kad jemputan kahwin, atau mahukan karikatur penuh dari kepala hingga kaki, caj dikenakan hanya RM20 untuk seorang. Sekiranya dalam satu lakaran karikatur ada 2 orang, maka cajnya RM40 sahaja.

Lukisan potret hitam putih atas kertas bersaiz A3 - RM30 untuk seorang.

Untuk sebarang karikatur berbayar, anda akan menerima file resolusi tinggi yang sesuai untuk sebarang cetakan.

Karikatur Christiano Ronaldo

Thursday, December 4th, 2008 46 views

Karikatur Christiano Ronaldo
LONDON: Ketika Cristiano Ronaldo merenung tahun yang mendatangkan banyak kejayaan, pemain sayap Manchester United itu pasti boleh dimaafkan jika sudah berasa puas.

Namun perancang pasukan Portugal itu tetap bersemangat untuk terus menyinarkan lagi bintangnya pada 2009 selepas mengetepikan cabaran pemain Barcelona, Lionel Messi dan penyerang Liverpool, Fernando Torres untuk anugerah Ballon d’Or, minggu ini.

Anugerah itu diberikan kepada Pemain Terbaik Eropah, dan pada musim hebat 2007-08 yang menyaksikan dia menjaringkan 42 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, tiada keraguan terhadap Ronaldo untuk menjulang anugerah itu, namun pemain itu yakin dia mampu melakukan yang lebih baik.

Sumber : Berita Harian 3 Disember 2008

Karikatur Michael Jackson

Monday, December 1st, 2008 50 views

Photobucket

Dah terlalu banyak karikatur Michael Jackson yang ada kat Internet, dan ini pula adalah dari versi ahndark.com. Menggunakan pen tablet Wacom dan Photoshop.

About Me

Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan hobi sebagai digital artist. Segala artikel yang dimuatkan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya sendiri dengan hanya niat untuk berkongsi.

Subscribe di sini

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :