Archive for November, 2008

Karikatur Hadari Asat

Thursday, November 27th, 2008 52 views

Photobucket

Encik Hadari Asat telah menyertai program Lukis Karikatur Percuma yang saya anjurkan. Beliau akan berangkat ke Tanah Suci pada 30 November nanti. Terimakasih untuk beliau dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji.

Encik Hadari Asat boleh dihubungi di http://srigeylangserai.com, www.succeed2profit.com www.sangnilautama.com, www.hadari.ws dan www.yuwie.com/hadari

Mailing List Dan Direct Selling

Tuesday, November 25th, 2008 51 views

Setiap pagi apabila duduk mengadap laptop saya akan buka email terlebih dahulu. Banyak juga email yang masuk setiap hari, dari blog yang saya subscribe. Kalau email itu berbahasa Inggeris saya akan biar terlebih dahulu, dan buka bila ada kelapangan nanti. Saya dulukan email berbahasa Melayu, email dari orang Malaysia. Saya lebih suka melihat perkembangan IM tempatan.

Sudah agak lama saya monitor email dari beberapa blog yang saya subscribe. Kebanyakan email berbahasa Melayu lebih tertumpu pada marketing semata mata. Naik jemu jugak kekadang tu. Tapi hari ini ‘kekadang’ tu dah jadi permanent pulak. Lalu saya unsubscribe email-email tersebut. Saya tak nak subscribe email yang tidak mempunyai tip-tip atau pengisian untuk saya jadikan panduan. Kalau dah tak suka nape pulak subscribe ye tak. Sebenarnya, apabila saya melawat satu satu blog, dan banyak pengisian yang boleh dipelajari dari situ, saya akan subscribe blog tersebut. tapi bila dah subscribe lain pulak jadinya.

Mailing list memang bagus untuk merketing. Tetapi jika hanya marketing semata- mata tanpa pengisian lain ianya akan jadi lemau. Asik asik nak suruh beli produk. Keadaan ni lebih kurang macam orang yang buat direct selling datang kemeja waktu kita sedang enak menjamu selera di gerai tepi jalan. ‘Tengok saje bang, tak beli takpe’. Itu lah kata kata yang sering keluar dari peniaga direct selling tersebut. Dan kebiasaannya saya hanya akan terus geleng kepala dan cakap tak nak tanpa banyak cakap dan tanpa rasa ingin tahu tentang produk yang dibawa. Sama juga terkadang saya perhatikan di pintu depan ofis ada notis ‘No Sales Person Please’ atau ‘Sales Persons Are Not Allowed’. Saya bukan anti-iklan sebab saya sendiri pun mempunyai latarbelakang pengiklanan, tapi sebolehnya saya akan cuba elak konsep iklan yang menjemukan.

Hal ini mungkin berbeza apabila peniaga itu adalah kenalan atau kawan sendiri. Saya akan lebih berminat untuk bertanya, kalau tak tanya pasal barang pun, sekurang-kurangnya bertanya kabar. Saya tanya sebab dia kawan saya, kenalan saya. Antara saya dan dia ujud situasi ‘two way communication’. Komunikasi antara 2 orang kawan, tentunya komunikasi yang lebih mesra.

Kenapa ya setiap kali ada jualan produk, orang yang sama je kasik testimoni… Opppppss!

Karikatur Muhyiddin Yassin

Monday, November 24th, 2008 45 views

karikatur muhyiddin yassin

Tips Trafik Untuk Newbie

Saturday, November 22nd, 2008 49 views

SEO? Apa kebenda nye SEO tu. Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan blogging ni, anda tidak perlu ambil kisah tentang benda SEO ni. Percayalah, walau pun blog anda berada di tangga teratas dalam niche pilihan anda, tetapi tidak ada orang yang kenal dengan anda, blog anda tidak akan ada pelawat. SEO anda telah berkembang menjadi SEOrang. Tidak akan ada orang yang peduli dan tidak akan ada yang akan melawat blog anda.

Habis tu macamana, apa yang nak kena buat?

Tip Pertama : Jika anda sudah mempunyai blog, tidak kira samada berbayar atau blog percuma, anda kena publishkan dulu antara 3 - 5 post. Jelaskan kenapa anda ujudkan blog tersebut melalui posting anda.

Tip Kedua : Memberi komen di blog yang mesra newbie. Antara ciri ciri blog yang mesra newbie ini ialah pemilik blog itu juga memberi komen dalam ruang komen. Komen anda tidak ditapis atau berada dalam moderate mode, dan ada ruang Top Commentator pada sidebar. Berikan komen yang membina, bukan jadi Pak Turut yang hanya mengiakan sahaja pendapat pemilik blog tersebut. Komen Pak Turut ini tak ubah seperti komen SPAM. Jika ada komentator lain yang komen dan reply pada bersetuju dengan pendapat anda, bermakna nama anda sudah sebut oleh orang lain. Secara tak lansung meningkatkan sedikit populariti anda. Ingatlah, blog yang pemiliknya popular mudah menerima pelawat.
Ada 2 cara untuk jadi popular. Samada anda buat yang terbaik atau anda buat yang terburuk. Untuk meningkatkan reputasi, anda cubalah jadi yang terbaik, serlahkan kepakaran anda, tapi awas jangan sampai orang menganggap anda riak atau bangga diri.

Tip Ketiga : Bina link dalam blog anda, linklah sebanyak mana yang anda suka. tanpa perlu hiraukan samada ujud backlink atau tidak. Mungkin anda boleh bermula dengan 20 link, biarkan link itu berada di blog anda dalam tempoh satu minggu. Kemudian tukar untuk 20 link yang lain pula untuk jangkamasa yang sama. Cuma anda perlu pastikan blog yang anda link itu adalah blog yang menggunakan platform Wordpress dan tidak mendapat ranking tinggi. Dalam ruang admin blog Wordpress ada satu function dinamakan Incoming Links. Pemilik blog yang berada pada ranking tinggi mungkin tidak ambil kisah tentang function ini. Tetapi bukan semua blog mendapat ranking tinggi atau backlink yang banyak. Selepas anda ujudkan link tadi, dan ada publish satu atau dua post, nama blog anda akan terpapar pada ruang Incoming Links di ruang admin blog yang anda link tadi. Secara saikologinya, jika anda pemilik blog, anda tentu suka bila ada yang link ke blog anda, dan anda tentu ingin tahu atau kenal dengan pemilik blog yang link ke blog anda. Dari sini blog anda sekali lagi menerima pelawat.

Ini sahaja perkongsian newbie untuk kali ini.

Antara blog otai dan blog newbie

Friday, November 21st, 2008 51 views

Anda mungkin pernah terbaca dan selalu praktikkan untuk memberi komen kat blog yang mempunyai trafik tinggi kononnya untuk menarik trafik ke blog anda. Informasi ini mungkin anda pernah baca kat memana ebook, atau pernah ada otai IM yang nasihatkan anda untuk berbuat begitu.
Dalam merayau rayau tadi, saya masuk salah satu blog kegemaran saya. Terjumpa entry terkini kat blog tersebut memberi komen tentang kegagalan 90% IM.
Saya pun terdetik untuk memberi komen pada entry tersebut. Disebabkan komen kat situ dalam mode moderate jadi komen saya tu tak akan dipaparkan serta merta. Saya pun tunggu lah untuk mendapatkan reaksi daripada bembaca lain. tunggu punya tunggu komen saya tak juga keluar. Saya tulis pula komen lain. Sama jugak. Mungkin saya ni NEWBIE maka saya tak seharusnya dilayan. Atau mungkin komen saya tu terkena batang hidung otai otai maka komen saya tidak dipublishkan.

Ini adalah ulasan dari komen saya itu (menurut pendapat saya sahaja)
Wahai otai otai ternama, yang bijaksana, yang telah menulis pelbagai ebook yang hebat hebat, yang telah mengaut untung ratusan ribu ringgit hasil dari belian ebook anda oleh para NEWBIE ini, kurangkanlah mengkritik.

Waktu anda memulakan perniagaan internet dulu mungkin hanya ratusan atau ribuan orang sahaja menjadi saingan anda. Maka anda mampu bertahan. Tetapi sekarang ini penggiat IM dah mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu.(Ini cuma anggaran sebagai perbandingan) Saingannya dah tak sama macam dulu lagi. Perhatikan saja pada pendapatan hasil jualan ebook anda yang bertemakan ‘mencari pendapatan melalui internet’. Anda berbangga dengan pendapatan hasil jualan anda dan anda juga berbangga mengkritik kegagalan pembeli anda. Anda jual ebook tentang buat duit tapi anda kritik pembeli yang dok pikir pasal duit. Anda mana tahu mungkin masa tu bini dia nak beranak ke sebab tu nak guna banyak duit.

Marilah kita sama sama kurangkan statistik kegagalan tersebut

Senarionya begini…
Anda telah hasilkan sebuah ebook dan telah ujudkan satu minisite untuk promosi. Dan telah juga ujudkan forum tertutup untuk pembeli ebook anda berbincang. Kebiasaannya begitu.

…dan ini sebahagian dari punca kegagalan newbie.

Trafik
Si A adalah pembeli ebook anda dan aktif berforum dengan anda. Anda dah ajar dia bagaimana hendak menjana trafik tetapi pernahkan sekali anda menjenguk blog Si A

Follow Up
Berapa kerap anda bertanya kabar dan perkembangan Si A untuk menjana pendapatan seperti anda. Balik balik cek dan penyata pendapatan anda sahaja yang anda jajakan.

Duplicate
Didiklah Si A supaya dia juga berjaya seperti anda kerana ini adalah tanggungjawab anda. Anda promot ‘cara mudah’ anda tetapi anda hanya duplicate kesukaran dan kepayahan anda.

Jadinya, jangan hanya pandai mengkritik pada orang yang telah membeli ebook dan menjadi punca rezeki bagi anda. Dan pada para newbie jangan pula terlalu ghairah untuk menjana pendapatan tinggi dengan cara mudah. Yang penting adalah usaha yang berterusan.

Karikatur Paklah

Thursday, November 20th, 2008 64 views

Photobucket

Karikatur ini antara yang terawal saya sketch menggunakan wacom tablet. Menjadi antara karikatur saya yang menerima paling banyak view di flickr.

Camino Untuk Mac

Thursday, November 20th, 2008 48 views

camino logo

Baru baru ini beberapa web browser telah dilancarkan serta mempunyai kelebihan masing masing. Fungsi yang paling diambilkira adalah kelajuan loading yang tinggi dan tanpa sebarang masalah. Setelah pengguna Windows menerima Chrome daripada Google, kini pengguna Mac pula boleh beralih ke Camino yang juga baru dilancarkan. Versi terbaru Camino adalah 1.6.5

Mari kita lihat apa yang Camino hadiahkan kepada pengguna Mac.

Index ke Google Dalam Masa 3 Minit

Wednesday, November 19th, 2008 65 views

Pernahkah anda mengukur kepantasan posting anda untuk diindex oleh Google. Posting saya yang sebelum ini ‘Maxis Wireless Broadband’  telah diindex dalam masa 3 minit. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa setting yang saya tambah pada blog ini.


Photobucket


Saya tidak tahu apakah kelebihan atau kekurangan atas berapa pantasnya sesuatu posting itu diindex oleh Google. Apa yang pasti, dalam dunia IT ini kepantasan adalah sesuatu yang harus diambil kira. Maksud saya ini adalah kepantasan untuk membuat keputusan yang bijak dan kepantasan bertindak.

Maxis Wireless Broadband

Wednesday, November 19th, 2008 40 views

Bagi pengguna Mac yang ada masalah untuk layari internet menggunakan Wireless Huawei Modem, ini mungkin menjadi penyelesaian bagi anda.

Setelah anda install software MobileConnect, ikutlah arahan setup yang disediakan dalam installation CD yang dibekalkan. Sekiranya anda masih gagal connect ke internet, cuba cara ini pula.

Launch System Preference setelah anda plug usb wireless modem untuk Maxis Broadband. Klik tab Network dan lihat sidebar ada list modem yang tersedia untuk Mac anda. Sekiranya modem Huawei Mobile tidak ada di situ, anda boleh masukkan secara manual dengan menekan butang ‘+’ di sebelahh bawah sidebar tersebut. Jika sudah, klik pada button Advance dan ulangi configuration seperti yang di tunjukkan untuk setup MobileConnect tadi. Apabila selesai, klik OK dan klik Connect.

Selamat berinternet.

Belajar Dengan Pakar

Wednesday, November 19th, 2008 30 views

Pagi ni saya terima satu email dari blog yang saya subscribe. Mesej dalam email tersebut adalah tips untuk menulis dengan baik. Itu bukanlah kali pertama saya menerima tip tip sebegitu. Walau bagaimana baik sekali pun tip tip tersebut, kalau tak dipraktikkan, tidak akan mandatangkan apa apa kebaikan.

Kerja sebagai seorang pereka grafik telah sedikit sebanyak merenggangkan saya dengan amalan menulis. Sememangnya ramai pereka grafik tidak mempunyai kebolehan menulis dengan baik. Ini mungkin disebabkan latihan mindanya lebih kepada merekacipta visual lebih dari menterjemahkan sesuatu itu dalam bentuk ayat.

Di blog ini saya jadikan menulis sebagai satu latihan berpandukan dari tip-tip tersebut. Sebab itu lah ayat masih tunggang-langgang.

Saya selalu beringat dengan pesanan ‘Carilah Guru Yang Mursyid’. Maksudnya lebih kurang kalau nak mencari ilmu, bergurulah pada yang pakar dalam bidang yang dikuasainya. Kalau nak belajar tentang teknikal perisian grafik anda boleh terus bertanya dengan saya (promot skit.. hehehe )

About Me

Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan hobi sebagai digital artist. Segala artikel yang dimuatkan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya sendiri dengan hanya niat untuk berkongsi.

Subscribe di sini

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :